Archives

PANTUN 2 KERAT

Anak kambing kena tambat,
Datang sekolah jangan lambat.

Anak rusa masuk kampung,
Jangan biar perut kodong.

Budak-budak makan duku,
Pergi sekolah bawa buku.

Jangan ikut perangai syaitan,
Cikgu ajar tumpukan perhatian.

Anak cina makan buah kelapa,
Apa yang diajar jangan dilupa.

Tiap-tiap hari kita berjumpa,
Jangan hampakan harapan ibu bapa.

jangan sombong ketika kaya,
Rajin belajar pasti berjaya.

Category:   Leave a Comment
PERPISAHAN.....

Perpisahan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia . Perpisahan duniawi mungkin menyakitkan.Namun mungkin tidak menyedihkan berbanding perpisahan meninggalkan alam fana ini.
Berpisah dengan sanak saudara mengundang pilu,dan air mata.Berpisah dengan kekasih mengundang sedih dan mengecewakan dan adakala meyimpan demdam yang membara.Namun berpisah nyawa....kesal dan teramat pilu menyelubungi sanubari.
Namun bagaimana berpisah dengan tuhan ?. Tanpa sedar ramai penduduk duniawi sebenarnya sudah terpisah secara langsung pada yang maha Esa. Lupa pada yang mencipta kita,dan alam maya ini,sekelumit kepiluan tidak terundang dalam diri tentang perpisahan ini .Yang ada hanya kegembiraan dan nikmat duniawi yang hanya bertahan sementara waktu.

FLIGHT KE ALAM BARZAKH

Kenangilah akan flight kita ke alam BARZAKH,
one way flight yang tiada jalan pulangnya ,
bila pergi,ia akan selamanya,
confirm flight yang tidak perlukan waiting list,
tak perlu booking dari awal,
tidak ada boarding pass yang perlu diambil,
tidak ada last call untuk boarding,
tidak ada bagasi yang perlu discan,
tidak ada nombor tempat duduk untuk dicari,
tidak ada senyuman''GOOD MORNING''daripada pramugari,
tidak ada demo keselamatan,
tak terlihat awan yang penuh keindahan,
dan tak ada ucap selamat dari Juruterbang.

Yang ada,
Hanya check in dari IZRAIL,
yang akan datang memanggil,
hanya ucap selamat dari tanah perkuburan,
Hanya soalan dari MUNKAR dan NAKIR yang menggerunkan,
Hanya bacaan TALKIN yang menginsafkan,
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan,
yang cuba menyesatkan akidah dengan seribu penyamaran,
kita confirm ke sana,
tak ada yang terlepas dari persoalanya,
Awas...dan ingatlah confirm flight ini akan tiba jua,
Bukankah RASUL telah bersabda,
tiada tiket menunjukkan masa,
Tiada transit dimana mana ,
Tanpa mengetahui bilakah masanya.

Semua yang dalam pengetahuan Yang maha Esa,
Maha mentadbir dan mengetahui segala galanya

KAU TAK PERNAH BERPALING

Aku berasa berdosa ,
kerana hanya mengenang MU,
saat derita menyapa,

Aku berasa bersalah ,
kerana hanya menhampiri MU ,
saat resah melanda.

Aku berasa malu,
kerana hanya mengingati MU,
bila sedu bertemu,

Dan sering aku terlupa
kehadiran MU ketika ria memcanda,
hanya kembali mencaru MU
kala sengsara dan hiba ,
datang menerpa,
Dan setiap kali itu ,
kau tak pernah berpaling dariku......

Category:   Leave a Comment
FOR A FRIEND

Yesterday.......
I met you
you were just a stranger to me

Today,
we are the best of friends,
we talk and laugh together,
we share our sorrows and happiness,
But,
we forgot that time,
passes by so quickly,
Tomorrow ....
both of us will say''good bye''
sad if there is love in us,
No matter where we are
we are still near in hearth.

HARGA DIRI

Harga diri manusia adalah maruahnya ,
pada maruahlah keindahan seseorang itu,
Maruah tidak boleh dijual beli,
oleh itu jagalah maruah diri,
Jangan cemarkan maruah diri.

Hilang kepercayaan seluruh manusia ,
tuhan juga memandang tinggi maruah manusia ,
jika di dalam kehidupan seseorang itu sudah dapat
dilihat cacat celanya ,
seperti pembohong,penzina,bergaul bebas dengan lelaki ,
mungkir janji,khianat,rosak akhlaknya,penipu,mementingkan
diri sendiri jadi budaya,harga diri sudah tiada.

Hilanglah kepercayaan manusia,
Di waktu ini ilmu tinggi tidak dapat menebusnya,
wang ringgit tidak dapat memulihkanya ,
Pangkat dan darjat begitu juga,
sekalipun bertaubat.

Jagalah maruah diri, jangan sampai tercemar,
Jika berlaku musnahlah harga diri,
Nama baik tercemar,
menderitalah sepanjang hidup seseorang itu.

ciri-ciri sahabat yang baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.